SUKAN MAHKAMAH SYARIAH SELURUH MALAYSIA KALI KE-4 (SMS4)

Selamat Berjuang Para Atlet Negeri Sembilan Yang Terhandal #MusuhnyaHabisBinasa #SosahHabihh #SukanMengeratkanSilaturrahim

SELAMAT BERJUANG

Para atlet Negeri Sembilan yang terhandal. Pastikan kejuaraan milik kita. #LongtungSampaiTumbang

JKSNS TERIMA 5 BINTANG ANUGERAH KHAS KESELAMATAN PERLINDUNGAN

Majlis pengiktirafan kepada jabatan-jabatan yang berjaya mencapai prestasi sistem pengurusan keselamatan perlindungan cemerlang bagi tahun 2016.

MAJLIS JALINAN KASIH LEBARAN AIDILFITRI 2017

Terima kasih kepada semua ahli KEJASA yang telah membantu menjayakan Majlis Jalinan Kasih Lebaran Aidilfitiri 2017.

NEGARAKU SEHATI SEJIWA

'Negaraku Sehati Sejiwa’ dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan 2017.

Friday, June 30, 2017

MAKAN SECARA SIHAT SEPANJANG BULAN SYAWAL INI


KEJASA menyeru semua ahli dan orang ramai untuk makan secara sihat pada sepanjang bulan Syawal ini. Dengan memenuhi undangan majlis rumah atau pejabat terbuka di sana dan sini, ia mungkin akan menjejaskan kesihatan kita apabila makan secara berlebihan. Berikut disertakan beberapa panduan untuk rujukan semua.

7 Panduan Penyediaan Hidangan Sihat di Hari Raya

  • Kurangkan gula, minyak dan lemak dalam penyediaan biskut dan kek. Gunakan ½ atau ¾ daripada kuantiti gula yang biasa digunakan semasa menyediakan biskut dan kek.
  • Gunakan daging yang telah dibuang lemak atau ayam yang telah dibuang kulit.
  • Kurangkan menyedia makanan yang bersantan, bergoreng dan berminyak.
  • Gantikan penggunaan santan dengan susu rendah lemak dalam penyediaan rendang atau kuah lontong.
  • Potong ayam atau daging dalam saiz yang kecil.
  • Gunakan ramuan tinggi serat untuk membuat biskut dan kuih raya seperti tepung bijirin penuh, oat dan buah prun.
  • Kurangkan penggunaan pewarna tiruan dalam penyediaan kuih-muih, kek dan puding.

7 Panduan Makan Secara Sihat di Hari Raya

  • Makan dalam saiz hidangan atau kuantiti yang kecil.
  • Pilih makanan yang rendah kalori seperti buah-buahan serta makanan yang kurang minyak, lemak dan santan.
  • Pilih makanan yang tinggi serat untuk mengelakkan sembelit.
  • Hadkan pengambilan makanan yang manis dan berlemak seperti dodol.
  • Pilih buah-buahan segar sebagai snek atau pencucui mulut.
  • Hadkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan garam seperti kerepek.
  • Minum air kosong berbanding minuman berperisa berkarbonat atau minuman yang manis.
Maklumat lanjut boleh muat turun panduan Makan Secara Sihat Di Hari Raya yang diterbitkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Share:

KSN AKAN JUMPA CUEPACS BINCANG PENAMBAHBAIKAN SEKTOR PENJAWAT AWAM


KUALA LUMPUR - Kerajaan akan berjumpa pihak Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) bagi membincangkan cadangan menambah baik sektor penjawat awam termasuk cadangan kongres berkenaan supaya gaji penjawat awam dan  pencen pesara dinaikkan sehingga tiga peratus.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata, perjumpaan itu akan diadakan dalam masa terdekat.

Ali mengulas kenyataan Cuepacs sebelum ini yang dilapor mencadangkan supaya perkara berkenaan diberi pertimbangan sewajarnya oleh kerajaan dalam Bajet 2018.

Beliau ditemui pemberita selepas mengadakan tinjauan di KL Sentral dan laluan pejalan kaki baharu yang menghubungkan pusat sehenti pengangkutan rel awam itu dengan Stesen Transit Aliran Massa Muzium Negara, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, mengulas lanjut Ali menarik perhatian bahawa kerajaan telah memberi kenaikan tiga peratus secara automatik kepada penjawat awam yang telah mencapai tahap maksimum tangga gaji masing-masing, sejak dua tiga tahun lepas.

"Dulu penjawat awam apabila sampai ke had maksima gaji, kena tunggu naik pangkat (untuk naik gaji), tetapi sekarang memang dah automatik...kita laksana sejak 2014," katanya. - Bernama
Share:

Thursday, June 22, 2017

9 CARA BERAYA DENGAN JIMAT

Sempena bulan Ramadhan dan Syawal yang bakal menjelang tiba (termasuklah hari-hari perayaan yang akan turut tiba pada hujung tahun) ramai daripada kita tentunya sibuk dengan persediaan untuk perayaan yang dinanti-nantikan. Seelok-eloknya kita tidak usah terlebih belanja di musim ini memandangkan kita perlu juga menabung untuk situasi yang tidak diduga seperti kecemasan.
Di sini AKPK menyediakan beberapa tip asas untuk membantu anda menghindari tabiat boros berbelanja pada musim menarik ini.
1) Sediakan senarai bajet yang anda harus patuhi
Penyediaan bajet sebelum keluar membeli-belah sememangnya berguna. Suatu senarai beli belah boleh membantu anda berbelanja mengikut peruntukan wang yang anda tetapkan. Apabila membuat bajet, pastikan ia realistik. Memandangkan sumber kewangan anda terhad, kenalpasti perbelanjaan yang paling perlu terlebih dahulu.
2) Opsyen balik kampung
Sekiranya anda perlu berjalan jauh untuk balik ke kampung halaman, rancanglah dengan sempurna awal-awal lagi. Lazimnya pada musim Hari Raya, kesesakan trafik tidak dapat dielakkan. Pastikan anda servis kenderaan anda sebelum membuat perjalanan untuk mengelakkan kejadian tidak diingini, termasuk apa-apa kesulitan yang akan memerlukan wang. Jika anda menggunakan kenderaan awam untuk balik kampung, cubalah dapatkan tiket anda seawal mungkin atau pada waktu jualan murah. Tabiat merancang awal tentunya akan menguntungkan anda.
3) Jadilah pembeli bijaksana
Selalu tinjau harga barangan dan perkhidmatan dan buatlah perbandingan harga. Adakah perlu untuk membeli barangan berjenama mahal? Apa salahnya membeli alternatif keluaran umum yang lebih murah dan tidak kurang kualitinya? Tulis dan bawa dengan anda senarai barangan yang perlu dibeli. Terdapat pelbagai pusat beli belah yang mengadakan jualan murah apabila musim perayaan tiba. Akan tetapi janganlah terlalu ghairah pada waktu ini untuk mengelakkan terlebih belanja. Wang berlebihan yang disimpan boleh digunakan untuk tabungan ataupun keperluan lain.
4) Amalkan tabiat kitar semula 
Mengguna semula hiasan Raya seperti langsir, alas kusyen dan butiran kecil seperti hiasan perayaan boleh membuka kreativiti dan inovasi anda serta keluarga. Cara ini turut membolehkan anda menjimatkan wang. Jangan lupa menabung walaupun tibanya masa untuk beraya!
5) Buatlah persediaan sendiri
Rekodkan segala perbelanjaan anda. Kenalpasti perbelanjaan tetap dan berubah serta perbelanjaan budi bicara anda. Sekiranya anda dapati diri anda berbelanja lebih, cuba hadkan perbelanjaan kepada apa yang perlu sahaja.
6) Baju baru – berapa set sebenarnya?
Mempunyai baju raya dan kasut baru untuk hari pertama Syawal adalah suatu kebiasaan. Apa kata anda membeli baju yang anda tahu anda akan pakai semula di masa kelak. Adakah perlu membeli jenama mahal dan berbaloikah untuk nilai wang anda? Adakah anda akan mengguna semula pakaian tersebut dengan kerap?
7) Beli apa yang anda perlu, bukan apa yang anda mahu
Perubahan gaya hidup akan memanfaatkan situasi kewangan anda. Pastikan anda membayar penuh bil kad kredit anda sekiranya anda ingin menggunakan kad tersebut. Ini kerana baki hutang kad kredit yang dibawa ke bulan seterusnya akan dikenakan faedah kompaun, walaupun anda membayar bayaran minimum. Belanjalah untuk keperluan, bukan untuk barangan mewah.
8) Jangan lupakan kewajipan anda
Memang menjadi kebiasaan untuk bergembira di musim perayaan. Menabung terlebih dahulu dan seperti biasa, pastikan sekurang-kurangnya 10% daripada gaji bersih anda ditabungkan. Cuma beli apa yang perlu mengikut bajet yang ditetapkan. Sekiranya anda perlu membeli barangan mahal, pastikan ia dilihat sebagai suatu pelaburan yang baik, iaitu untuk jangkamasa panjang. Hidup secara sederhana dan praktikkan tangguhan kepuasan sehingga anda benar-benar mampu berbelanja. Ambillah beberapa hari untuk memastikan sama ada anda boleh hidup tanpa barangan atau perkhidmatan tersebut.
9) Berseronoklah secara sederhana
Berdisiplin dan jadikan tabiat menabung gaya hidup anda tidak kira peristiwa atau waktu. Anda cuma memerlukan sedikit kreativiti dan rancangan. Kita boleh beraya secara sederhana. Lagipun, yang paling penting ialah pertalian silaturrahim antara keluarga dan rakan-rakan. 
Dengan ini, AKPK berharap anda akan bijak membuat keputusan apabila perasaan musim perayaan menjelma. Dari AKPK, kami dengan awalnya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Ingat, sentiasalah amalkan pengurusan kewangan berhemat sebagai budaya hidup. 
Sumber: AKPK
Gambar: azirahman
Share:

SUMBANGAN KEPERLUAN DAPUR


Buat julung-julung kalinya KEJASA telah mengadakan salah satu aktiviti Ihya' Ramadhan iaitu Infaq Barang Keperluan Dapur.

Aktiviti ini dapat dijayakan hasil sumbangan daripada ahli KEJASA & pihak luar. Dengan promosi yang singkat, pihak KEJASA dapat menyerahkan Barang Keperluan Dapur tersebut kepada 16 penerima yang memerlukan bagi membantu mereka menyambut hari raya.

Serahan barang keperluan telah dibuat pada 21 Jun 2017 kepada penerima yang berada di Kuala Pilah,Tampin, Rembau, Port Dickson Jelebu dan Sendayan.

Disediakan oleh: Tuan Khairil Hafiz bin Nazari




Share:

ZIARAH KEDIAMAN AHLI YANG DITIMPA MUSIBAH BANJIR


Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan telah dikejutkan dengan berita banjir kilat yang menimpa keluarga Puan Norfadzillah binti Rosli pada 17 Jun 2017 (Sabtu)

Rentetan itu, pada 19 Jun 2017 (Isnin) KEJASA telah mengambil inisiatif dengan mewujudkan Tabung Derma Kilat untuk membantu meringankan beban keluarga Puan Norfadzillah. Kutipan Derma Kilat telah diadakan di Kompleks Kehakiman Syariah Negeri Sembilan & semua Mahkamah Rendah Syariah Daerah.

Alhamdulillah, hasil kutipan berjaya dikumpul & telah diserahkan pada hari yang sama kepada keluarga Puan Norfadzillah oleh Tuan Khairil Hafiz bin Nazari bersama AJK KEJASA & wakil pihak pentadbiran JKSNS iaitu Puan Ruzita binti Ramli, Ketua Pendaftar JKSNS.

Ditulis oleh: Tuan Khairil Hafiz bin Nazari





Share:

MAJLIS IFTAR DAN KHATAM AL-QURAN


Pada 16 Jun 2017 bersamaan 21 Ramadhan 1438H, bertempat di Kompleks Kehakiman Syariah Negeri Sembilan, telah diadakan satu majlis berbuka puasa anjuran Kelab Kebajikan dan Rekreasi Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan (KEJASA). Majlis ini disertai oleh pegawai, kakitangan dan ahli keluarga. 

Selain itu, kehadiran Ketua Hakim Syarie dan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah berserta keluarga masing-masing juga turut memeriahkan lagi majlis.

Program telah dimulakan dengan majlis khatam Al-Quran yang dipimpin oleh Ustaz Mohd Jais Yaakub dan kemudiannya diteruskan dengan majlis berbuka puasa.

Selesai berbuka puasa, hadirin telah menunaikan solat maghrib, isya' dan tarawih secara berjemaah. Majlis juga diserikan lagi dgn majlis penyampaian duit raya kepada anak-anak ahli yang hadir ke majlis tersebut.

Di penghujung majlis, para hadirin telah disajikan dengan sedikit jamuan moreh.

Ditulis oleh: Tuan Khairil Hafiz bin Nazari






Share:

Wednesday, June 21, 2017

CUEPACS MOHON KENAIKAN 3 PERATUS GAJI ASAS PENJAWAT AWAM


Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan agar mempertimbangkan kenaikan gaji asas penjawat awam sebanyak tiga peratus dalam Bajet 2018.

Presidennya Datuk Azih Muda berkata jika diluluskan, kenaikan itu akan membantu meringankan beban 62,000 penjawat awam dalam kategori B40 yang berdepan kos sara hidup yang tinggi.

"Kenaikan kos sara hidup meningkat sebanyak lapan peratus dan keadaan itu menjadi antara faktor penjawat awam berpendapatan rendah dibelenggu hutang.

"Sebab itu kita mahu cadangan kenaikan gaji ini diberi perhatian sewajarnya demi memberi kelegaan kepada penjawat awam terutamanya mereka yang berada ditahap gaji minima RM1,200 sebulan," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan kongres kesatuan itu semalam.

Cuepacs turut menyarankan agar kerajaan mengkaji semula beberapa insentif seperti Elaun Perkhidmatan Awam (COLA), Elaun Kenderaan dan Elaun Wilayah yang tidak dikaji dan diperbaharui kadar bayarannya sejak sekian lama.

"Ketika ini kadar elaun COLA yang diterima penjawat awam adalah berbeza-beza dan kita mahu ia dilihat semula dan diselaraskan pada pengumuman bajet akan datang," kata Azih.

Dalam pada itu, beliau turut membangkitkan kekesalan kerana Cuepacs tidak dijemput bagi menyertai sesi konsultasi bajet yang diadakan bersama-sama perdana menteri baru-baru ini, sekali gus ia tidak dapat menyuarakan pandangan kesatuan itu bagi pihak penjawat awam.

Katanya sebagai satu badan yang mewakili 1.6 juta penjawat awam, Cuepacs berharap dijemput bagi menyampaikan suara pihak yang diwakilinya.

- Bernama
Share:

JUMLAH PENGUNJUNG