Friday, June 30, 2017

MAKAN SECARA SIHAT SEPANJANG BULAN SYAWAL INI


KEJASA menyeru semua ahli dan orang ramai untuk makan secara sihat pada sepanjang bulan Syawal ini. Dengan memenuhi undangan majlis rumah atau pejabat terbuka di sana dan sini, ia mungkin akan menjejaskan kesihatan kita apabila makan secara berlebihan. Berikut disertakan beberapa panduan untuk rujukan semua.

7 Panduan Penyediaan Hidangan Sihat di Hari Raya

  • Kurangkan gula, minyak dan lemak dalam penyediaan biskut dan kek. Gunakan ½ atau ¾ daripada kuantiti gula yang biasa digunakan semasa menyediakan biskut dan kek.
  • Gunakan daging yang telah dibuang lemak atau ayam yang telah dibuang kulit.
  • Kurangkan menyedia makanan yang bersantan, bergoreng dan berminyak.
  • Gantikan penggunaan santan dengan susu rendah lemak dalam penyediaan rendang atau kuah lontong.
  • Potong ayam atau daging dalam saiz yang kecil.
  • Gunakan ramuan tinggi serat untuk membuat biskut dan kuih raya seperti tepung bijirin penuh, oat dan buah prun.
  • Kurangkan penggunaan pewarna tiruan dalam penyediaan kuih-muih, kek dan puding.

7 Panduan Makan Secara Sihat di Hari Raya

  • Makan dalam saiz hidangan atau kuantiti yang kecil.
  • Pilih makanan yang rendah kalori seperti buah-buahan serta makanan yang kurang minyak, lemak dan santan.
  • Pilih makanan yang tinggi serat untuk mengelakkan sembelit.
  • Hadkan pengambilan makanan yang manis dan berlemak seperti dodol.
  • Pilih buah-buahan segar sebagai snek atau pencucui mulut.
  • Hadkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan garam seperti kerepek.
  • Minum air kosong berbanding minuman berperisa berkarbonat atau minuman yang manis.
Maklumat lanjut boleh muat turun panduan Makan Secara Sihat Di Hari Raya yang diterbitkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Share:

0 comments:

Post a Comment

JUMLAH PENGUNJUNG