Monday, July 24, 2017

BOLA TAMPAR OPTIMIS KEKALKAN KEJUARAAN BUAT KALI KE-3 BERTURUT-TURUT


24 Julai 2017: Setelah berlatih secara konsisten dan menempuhi beberapa perlawanan persahabatan, pasukan bola tampar optimis mampu mengekalkan kejuaraan buat kali ke-3 berturut-turut di Sukan Mahkamah Syariah Se-Malaysia Kali Ke-4 (SMS4) di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) pada 10-13 Ogos 2017 nanti.

Skuad Bola Tampar Negeri Sembilan sememangnya digeruni oleh semua pasukan lawan yang bertanding di temasya dwi-tahunan tersebut. Mana tidaknya, dua edisi SMS yang lepas iaitu SMS2 (2013) di Selangor dan SMS3 (2015) di Pulau Pinang menjadi saksi kehandalan mereka.


Bagi ketua pasukannya Tuan Suhaizad bin Saifuddin, setelah menjalani latihan yang intensif dan beberapa perlawanan persahabatan sejak tiga bulan yang lalu, beliau optimis pasukannya mampu mengulangi kejayaan yang serupa di SMS4 nanti.

"Apa yang penting adalah stamina setiap pemain perlu berada pada tahap yang optimum dan tiada kecederaan berlaku ketika perlawanan sebenar nanti." Tegas beliau.

Sementera itu, pengurus pasukan Encik Shairull Azman bin Abu Bakar pula tidak dapat menyembunyikan rasa keterujaannya untuk membawa pulang emas ke-3 buat Negeri Sembilan. "Kami begitu teruja untuk menghadiahkan emas buat kali ke-3 berturut-turut kepada kontinjen Negeri Sembilan." Ujarnya.


Ditulis oleh: Mohd Fauzi Mohd Sabri
Gambar oleh: Mohd Fauzi Mohd Sabri
Share:

0 comments:

Post a Comment

JUMLAH PENGUNJUNG