Friday, July 14, 2017

MAJLIS MERIAHNYA LEBARAN ANJURAN WARGA KERJA ARAS 1


13 Julai 2017: Syawal masih berbaki. Kali ini giliran warga kerja aras 1, di Kompleks Kehakiman Syariah Negeri Sembilan pula menganjurkan Majlis Meriahnya Lebaran Warga Kerja Aras 1. Seluruh warga kerja aras ini yang terdiri daripada Unit Perundangan, Unit Sulh, Bahagian Sokongan Keluarga,  Unit Teknologi Maklumat dan Pusat Sumber serta Unit Rekod telah bekerjasama bagi menjayakan majlis ini.

Lemang, nasi impit kuah kacang, rendang ayam, nasi goreng kampung, mi goreng mamak dan sandwich sardin antara juadah enak yang disajikan kepada para tetamu yang terdiri daripada seluruh warga kerja di ibu pejabat. Pencuci mulut seperti buah-buahan dan pelbagai variasi kek turut dihidangkan.

Majlis ini turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Ketua Hakim Syarie Negeri Sembilan, Yang Amat Arif Dato' Haji Mohd Shukor bin Sabudin dan Hakim-hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Yang Arif Tuan Abu Zaky bin Mohamad dan Yang Arif Tuan Abd Razak bin Mat Nayan. Turut hadir adalah Ketua Pendaftar, Puan Ruzita binti Ramli dan Yang Di-Pertua KEJASA, Tuan Khairil Hafiz bin Nazari serta para pegawai kanan JKSNS.

Ditulis oleh: Mohd Fauzi Mohd Sabri
Foto oleh: Mohd Fauzi Mohd Sabri, Nurul Akmar Mohamad Helmi, Nurul Hafiz Mat Hashim & Nurafiza Anuar 










Lagi Gambar klik sini

Share:
Location: Jln Felda Sendayan, Bandar Sri Sendayan, 71950 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia

0 comments:

Post a Comment

JUMLAH PENGUNJUNG