Monday, July 10, 2017

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PEJABAT PENTADBIRAN ARAS 3


10 Julai 2017: Seperti tahun-tahun sebelumnya, Pejabat Pentadbiran di Aras 3 Kompleks Kehakiman Syariah Negeri Sembilan tidak terlepas daripada mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bermula pada jam 12 tengahari sehingga 2 petang.

Pelbagai menu juadah yang menarik telah disajikan kepada para tetamu yang dibawa secara portluck oleh pegawai dan kakitangan di aras tersebut. Antaranya ialah lemang, ketupat, rendang ayam, soto, spegeti, roti john dan laksa. Turut disediakan adalah pelbagai jenis kek dan buah-buahan pencuci mulut.

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Ketua Hakim Syarie Negeri Sembilan, Yang Amat Arif Dato' Haji Mohd Shukor bin Sabudin, Hakim-hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Yang Arif Tuan Abu Zaky bin Mohamad dan Yang Arif Tuan Abd Razak bin Mat Nayan. Turut hadir adalah Yang Di-Pertua KEJASA, Tuan Khairil Hafiz bin Nazari serta para pegawai kanan JKSNS di ibu pejabat.

Lebih meriah lagi apabila Ketua Pendaftar, Puan Ruzita binti Ramli turut memberikan duit raya kepada tetamu yang berjaya menjawab kuiz secara berpantun.

Ditulis oleh: Mohd Fauzi Mohd Sabri
Foto oleh: Mohd Fauzi Mohd Sabri












Share:

0 comments:

Post a Comment

JUMLAH PENGUNJUNG