Wednesday, July 12, 2017

SAMBUTAN MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI AGENSI-AGENSI AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN TAHUN 2017


12 Julai 2017: Agensi-agensi Agama Islam Negeri Sembilan telah bergabung bagi menganjurkan Sambutan Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri bertempat di Aras 4, Dataran Asnaf, Menara Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) di Seremban. Acara yang bermula pukul 3 petang itu mendapat sambutan yang amat menggalakkan termasuklah daripada para asnaf penerima zakat di negeri ini.

Antara tetamu kehormat yang hadir bagi memeriahkan lagi majlis adalah Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Yang Berhormat Dato' Seri Mat Ali bin Hassan, Yang Berhormat Sohibus Samahah Dato' Hj. Mohd Yusof bin Hj. Ahmad, Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, Yang Amat Arif Dato' Haji Mohd Shukor bin Sabudin, Ketua Hakim Syarie Negeri Sembilan dan ketua-ketua jabatan/agensi negeri yang lain serta Setiausaha MAINS, Yang Berbahagia Tuan Haji Kamal Amran bin Kamarudin

Pelbagai juadah enak dihidangkan kepada para tetamu antaranya termasuklah kambing golek, sate, cendol songkok tinggi, laksa dan nasi tomato. Turut disajikan adalah roti john, char kuetiau dan sebagainya.

Selain daripada Yang Amat Arif Ketua Hakim Syarie, wakil daripada JKSNS  yang sempat menghadiri majlis ini adalah Tuan Hamizan bin Mohd Nor, Tuan Japri bin Bahari, Tuan Wan Mohamad Helmi bin Masran dan Yang Di-Pertua KEJASA, Tuan Khairil Hafiz bin Nazari serta beberapa orang kakitangan yang lain.

Ditulis oleh: Mohd Fauzi Mohd Sabri
Foto oleh: Mohd Fauzi Mohd Sabri











Share:

0 comments:

Post a Comment

JUMLAH PENGUNJUNG