Monday, July 17, 2017

MEMANAH GIAT BERLATIH BAGI MEMBURU PINGAT UNTUK NEGERI SEMBILAN


15 Julai 2017: Walaupun pada Sukan Mahkamah Syariah Se-Malaysia Kali Ke-3 di Pulau Pinang yang lalu tiada sukan memanah dipertandingkan tetapi mereka optimis mampu menyumbangkan pingat buat Negeri Sembilan. Justeru itu, mereka berazam akan memberikan saingan yang sengit di acara memanah recurve pada Sukan Mahkamah Syariah Se-Malaysia Kali Ke-4 (SMS4) nanti.

Skuad yang terdiri daripada Ketua Pendaftar JKSNS, Puan Ruzita binti Ramli selaku ketua pasukan dan Tuan Ghazali bin Ahmad (Ketua Pendakwa Syarie Negeri Sembilan) ini komited menjalani latihan pada setiap hujung minggu. Sabtu lalu mereka telah mengadakan latihan memanah di Padang Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Kajang bermula dari pukul 9 hingga 11 pagi.

Menurut Puan Ruzita, "Memandangkan acara memanah merupakan acara yang julung kali diadakan di SMS4, prestasi pasukan dari negeri-negeri lain belum dapat dijangka. Namun, kami nekad dan berazam untuk memberi saingan yang sengit, buat yang terbaik dan membawa pulang pingat tak kira warna apapun. Sekali gus dapat menyumbang mata keseluruhan untuk kontinjen Negeri Sembilan."

Ditulis oleh: Mohd Fauzi Mohd Sabri
Foto oleh: Ruzita Ramli dan Ghazali Ahmad

Share:

0 comments:

Post a Comment

JUMLAH PENGUNJUNG