Wednesday, July 12, 2017

PASUKAN BOLA BALING WANITA MULAKAN LATIHAN INTENSIF


11 Julai 2017: Pasukan bola baling wanita telah memulakan latihan yang pertamanya di Sendayan Sport Centre (SSC). Skuad yang diketuai oleh Puan Nur 'Aisyah binti Sharin selaku pengurus ini telah menggunakan khidmat jurulatih profesional iaitu Cik Nurasyafikah Amera binti Azmi yang merupakan pelajar Politeknik Port Dickson dan juga pemain bola baling wanita peringkat kebangsaan.

Pasukan bola baling wanita yang mewakili Negeri Sembilan di Sukan Mahkamah Syariah Se-Malaysia Kali Ke-4 (SMS4) adalah terdiri daripada Puan Nurul Akmar binti Mohamad Hilmi (JKSNS), Puan Suraya binti Abdullah (MRS JELEBU), Puan Hajah Zarina binti Zuber (JKSNS), Puan Nurul Asyikin binti Zakaria (JKSNS), Puan Maryani binti Ahmad (JKSNS), Puan Zaleha binti Yusoff (JKSNS), Puan Norzilla binti Md Akin (JKSNS), Puan Norfazilah binti Nayan @ Shamsudin (MRS TAMPIN), Puan Nur Syarabul Asyiqin binti Mohd Diah (JKSNS), Puan Faizah binti Adnan (MRS TAMPIN) dan Cik Nurul Izzaty binti Ahmad Usri (MRS TAMPIN).

Latihan ini telah bermula pada jam 4.30 petang dan tamat pada jam 6.00 petang. Jadual latihan bagi bola baling wanita adalah dua kali seminggu iaitu setiap Selasa dan Jumaat. Besar harapan kami agar berjaya hingga ke peringkat akhir dan sekali gus menjuarai permainan bola baling wanita di SMS4 Melaka pada 10-13 Ogos 2017 nanti.

Ditulis oleh: Maryani Ahmad
Disunting oleh: Mohd Fauzi Mohd Sabri
Foto oleh: Nurul Akmar Mohamad Hilmi







Share:

0 comments:

Post a Comment

JUMLAH PENGUNJUNG