Monday, July 10, 2017

PASUKAN KAYAK BERLATIH DI TASIK AYER KEROH MELAKA


8 Julai 2017: Kehangatan Sukan Mahkamah Syariah Se-Malaysia Kali Ke-4 (SMS4) kian dirasai. Setiap pasukan giat mengatur latihan sebagai persediaan menghadapi acara dwi tahunan yang bertempat di Universiti Teknikal Malaysia (UTeM) Melaka. Mahkamah Syariah Negeri Melaka menjadi tuan rumah di dalam temasya pada tahun ini.

Bertempat di Redtma Adventure Urban Park Tasik Air Keroh Melaka, Pasukan Kayak JKSNS telah menjalankan latihan pemanas badan. Tujuan latihan ini diadakan sebagai persiapan mempertingkatkan lagi keyakinan dalam aktiviti air serta  menguasai kemahiran dalam teknik berkayak. Latihan dimulakan dengan latihan keselamatan di air, kemahiran teknik- teknik kayak dan simulasi. 

Acara kayak ini merupakan kali pertama dipertandingkan di dalam kejohanan kali ini di mana ianya melibatkan acara kayak berpasangan  lelaki dan perempuan yang menawarkan 2 pingat emas di kejohanan ini.

Ditulis oleh: Mohd Nizam Abdul Wahab






Share:

0 comments:

Post a Comment

JUMLAH PENGUNJUNG