Tuesday, July 25, 2017

PERTEMUAN PENGURUS PASUKAN BERSAMA PENGARAH MSN NEGERI SEMBILAN



24 Julai 2017: Susulan daripada pertemuan dengan Majlis Sukan Negara (MSN) Cawangan Negeri Sembilan pada 7 Julai 2017 yang lalu, satu pertemuan telah dianjurkan oleh pihak MSN bersama para pengurus sukan Kontinjen Negeri Sembilan ke Sukan Mahkamah Syariah Se-Malaysia Kali Ke-4 (SMS4) hari ini di Kompleks Sukan Tan Sri Dato' Hj. Said, Seremban 2.

Pertemuan yang berlangsung pada pukul 5.30 petang itu telah diketuai oleh Pengarah MSN Negeri Sembilan, Tuan Fauzee bin Abd Aziz dan beberapa orang pegawai beliau. Manakala Kontinjen Negeri Sembilan telah dihadiri oleh Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan (JKSNS) merangkap Pengurus Memanah Puan Ruzita binti Ramli, Yang Di-Pertua KEJASA merangkap Ketua Kontinjen Negeri Sembilan Tuan Khairil Hafiz bin Nazari dan timbalannya Encik Nur Ekhsan bin Abu Kassim serta para pengurus pasukan yang lain.

Fokus pertemuan ini adalah untuk menjalinkan kerjasama yang boleh ditawarkan oleh pihak MSN bagi membantu Kontinjen Negeri Sembilan di SMS4. Antaranya adalah kemudahan tempat latihan, jurulatih, peralatan sukan dan lain-lain lagi.

Dengan kerjasama dari kedua-dua agensi ini, diharapkan ia akan dapat memberi impak yang lebih baik dan membuahkan hasil yang berganda kepada Kontinjen Negeri Sembilan pada SMS kali ini.
#LongtungSampaiTumbang #SosahHabih

Laporan oleh: Khairil Hafiz Nazari
Foto oleh: Khairil Hafiz Nazari dan Ruzita Ramli

Share:
Location: Seremban 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia

0 comments:

Post a Comment

JUMLAH PENGUNJUNG