Thursday, July 13, 2017

PETANQUE LELAKI TEKAD PERTAHAN EMAS


12 Julai 2017: Skuad Petanque lelaki bertekad untuk terus mempertahankan emas yang dimenanginya di Temasya Sukan Mahkamah Syariah Se-Malaysia Kali Ke-3 (SMS3) di Pulau Pinang dua tahun lepas. Pasukan yang terdiri daripada Encik Nur Ekhsan bin Abu Kassim, Encik Mohamat Safuan bin Jaafar dan Encik Amir Hamzah bin Idris ini terus komited dalam menjalani latihan bagi memastikan gelaran juara kekal dimiliki oleh Negeri Sembilan.

Bagi memastikan kemenangan terus dipertahankan pada Sukan Mahkamah Syariah Se-Malaysia kali Ke-4 (SMS4) di Melaka bulan hadapan, mereka telah mempersiapkan jadual latihan yang tetap. Petang semalam mereka bersama pasukan wanita membuat latihan di Kompleks Belia dan Sukan Paroi (KOMBES) bermula pukul 5 hingga 7 petang.

Skuad wanita pula terdiri daripada Puan Baizura Hanim binti Ahmad Lotfi, Puan Hajah Zarina binti Haji Zuber dan Puan Hajah Kamariah Nor binti Ahamad. Walaupun pada edisi SMS yang lalu mereka hanya berjaya sehingga peringkat kumpulan, tetapi pada kali ini mereka berharap dapat memberi saingan yang sengit kepada pasukan negeri-negeri yang lain dan sekali gus mengintai gelaran juara pula.

Ditulis oleh: Mohd Fauzi Mohd Sabri
Foto oleh: Mohamat Safuan Jaafar



Share:
Location: Tapian Gelanggang Paroi, 70400 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia

0 comments:

Post a Comment

JUMLAH PENGUNJUNG