Friday, July 21, 2017

RUMAH TERBUKA JALIN SILATURAHIM, CIPTA KEBERSAMAAN DAN PERPADUAN


SEREMBAN, 20 JULAI – Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan hari ini bertemu segenap lapisan masyarakat untuk bertanya khabar dan mengeratkan Silaturahim di kalangan masyarakat dengan menghadiri beberapa program rumah terbuka, sekaligus mencipta kebersamaan serta perpaduan kaum.

Kehadiran Menteri Besar bermula dengan jamuan hari raya anjuran Dato’ Norhayati Omar untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Pilah di perkarangan rumah beliau.

Selepas di Kuala Pilah, Menteri Besar singgah sebentar di Majlis Hari Raya Sekretariat Malaysia Valley (MVV) di Menara Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), kemudian disusuli ke Majlis Sambutan Hari Raya Pentadbiran Daerah Seremban di Seremban 2.

Pada sebelah petang, program diteruskan ke rumah terbuka anjuran Kompleks Kehakiman Syariah Negeri Sembilan di Sendayan.


Menteri Besar kemudiannya berkunjung ke rumah terbuka ADUN Labu merangkap Exco Kerajaan Negeri Sembilan, Dato’ Haji Hasim Rusdi.

Seterusnya, beliau turut memenuhi jemputan anjuran Pusat Daerah Mengundi (PDM) Taman Tuanku Jaafar untuk beramah mesra bersama penduduk di kawasan berkenaan.

Manakala pada sebelah malam beliau dijadualkan hadir ke Rumah Terbuka PDM Ulu Lalang di Rumah Rakyat Ulu Lalang untuk beramah mesra dan bertanya khabar masyarakat di kawasan berkenaan.

Sumber berita: n9kini.com
Sumber foto: FB YAB Menteri Besar Negeri Sembilan


Share:
Location: Jln Felda Sendayan, Bandar Sri Sendayan, 71950 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia

0 comments:

Post a Comment

JUMLAH PENGUNJUNG